cursors butterfly...=)

Flapping Purple Butterfly

Followers

jom kite like...=)

Friday 26 August 2011

Wahai Wanita Solehah...

Lembutmu tak bererti 
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti..

Lembutmu bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati..

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia Agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada Ilahi...

Wanita solehah itu auratnya dijaga
Pergaulannya dipagari
Sifat malunya pengikat diri
Seindah hiasan di dunia ini

Keayuan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kecantikkan wajahnya
Kemanisan wanita solehah itu
Tidak terletak pada kemanjaannya
Daya penarik wanita solehah itu
Bukan pada kemanisan bicaranya,
Yang menggoncang iman para muslimin
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah, memujuk rayu..
Bukan sama sekali...

Kepetahan wanita solehah itu
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal menegakkan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai....

Wahai wanita jangan dibanggakan dengan kecantikkan luaran
Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman
Tapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi..

Wahai wanita..jangan dibanggakan dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu
Wahai wanita..jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu
Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu...

Wahai wanita solehah
Jangan dirisaukan akan jodohmu
Kerana muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita kerana kecantikannya
Bersyukur lah atas apa yang ada...

Wahai wanita solehah...
Diri kita ibarat intan berlian
Lagi dijaga dan disimpan
Lagi tinggi nilainya,
Lagi mahal lah harganya
Jangan biarkan diri kita 
Seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan
Terdedah dan dipegang-pegang
Akhirnya menjadi rosak dan basi...=)


No comments:

Post a Comment