cursors butterfly...=)

Flapping Purple Butterfly

Followers

jom kite like...=)

Monday 29 September 2014

Kenangan Terindah...

Kenangan terindah zaman diploma dulu2....serius rindu sngat...
Memori yang tak dapat dilupakan....
sehingga sanggup wat video smpi tgh2 mlm...
feeling2 tgh wat assignment ler nie...
kihkihhhh.....
jom tgk video nie..
biar video berbicara..
okay..nk nanges.............

Kamilah Pelajar Diploma Pentadbiran Awam..
AM110G

Friday 12 September 2014

Cerita Di Kelapa Oasis


warghhhhhhhhhhhh,,,,da lme tak updated status...huhu,,rinduny....
ok larh..xnk pnjang2...saya nk citer pengalaman saya kerja di kelapa oasis...
KELAPA OASIS..de pe ea kat ctu..? Kau de diploma tp keje tuh jer..? 
anak ak de spm jer..tp skrg da ley de keta, duit bnyk...jual insurans jer...
perghhhh...ayat sorg mak cik yg rase mcm nk bg penampor jer..
tp Alhamdulillah diberi kesabaran untuk hadapi situasi mcm tu....
Mak cik..saya percaya rezeki yg Allah bg....keje yg saya wat halal...de KWSP & SOCSO lg....
kata2 sinis yg kluar dr mulut org kdg2 mngguriskn hati kita..tp dlm mse yg sme ia, mngajar kita utk mmbuktikan yang kita mampu buat ..In Syaa Allah...saya pasrah & redha ats ketentuan Allah....


Kelapa Oasis Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak 2007 dengan mempunyai pengalaman luas dalam menyampaikan produk kelapa yang terbaik..produk ini dibuat dr kelapa yg berkualiti tinggi dan berusaha memberikan kecemerlangan serta kualiti yang terbaik untuk pelanggan...produk teras di kelapa oasis ialah kelapa muda, kelapa tua, santan, kelapa parut putih (muda)/ parut tua, shake, cendol & juga kelapa Jelly.....


100% ORIGINAL SANTAN

Santan Kelapa original tanpa campuran air mahupun ubat....lain daripada santan yg dijual di pasar2...1kg santan bersamaan 5 biji kelapa jika dibandingkan dengan santan yang dijual di pasar 1kg bersamaan 2 biji kelapa dan selebihnya dicampur dengan air...harga bg 1kg santan ialah RM 11.00...anda hanya menggunakan sedikit sahaja untuk melazatkan masakan anda...sebiji kelapa bersamaan dengan seekor ayam...Kelebihan santan original ni, anda boleh simpan selama 3bulan di tempat beku...wahhhh...tak percaya..?? cuba sendiri....

KELAPA PARUT

cantik kn...ada 2 jenis kelapa parut di kelapa oasis...kelapa parut tua dan kelapa parut muda...kelapa parut tua, kalau pelanggan itu mahu perah santan atau membuat kerisik sendiri dirumah...manakala kelapa parut muda atau putih sesuai untuk membuat kuih, candy atau sebagainya...harga untuk 1kg kelapa parut biasa/tua ialah RM7.00, 1kg kelapa parut putih/muda ialah RM8.00.....murah kn....


KELAPA JELLY

hah....ini larh produk kami yang paling larissssssss.....mcm pisang goreng panas..sedap sngt.....!!! hahhaa.... cuba lar, dan anda pasti akan merasai kelazatan ny....kami juga membuka tempahan untuk wedding, atau acara2 penting....harga pula sangat berbaloiiiiiiii.....


p/s :~  Kelapa Oasis terletak di...
42, Jalan Seri Sarawak 19, Taman Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
(berdekatan dan berhadapan Mc Donald dan juga Hong Leong Bank)..
Tel : 03-33243526
Fax : 03-33243654
E-mail : kelapaoasia@gmail.com

#jom pakat ramai2 dtg ke kelapa oasis dan merasai kelazatan ny........ :)







Thursday 3 October 2013

Andainya Dia Mengalah Sedari Awal..

Beberapa puluh tahun yang dulu, ada seorang lelaki yang sangat kecewa dalam hidup..Perniagaannnya gagal, kemudian kekasihnya meninggal dunia..Hatinya yang kacau bertambah parah apabila terlepas jawatannya di pejabat awam sebanyak tujuh kali..Kalau di ikutkan hati, ingin saja dia membunuh diri..Tapi untuk apa.? Kecewa & putus asa tidak akan mengubah keadaan..Lelaki itu terus berusaha, berusaha dan berusaha..Berkat ketabahan, disiplin dan usaha tanpa jemu, akhirnya lelaki tersebut mencapai puncak kejayaannya dengan menjadi Presiden Amerika..! Namanya Abraham Lincoln...Nama lelaki itu terus dikenang sehingga kini sebagai orang yang bertanggungjawab memodenkan negara tersebut...Apakah ini akan berlaku, andainya dia mengalah sedari awal..?

p/s : Aku juga akan berusaha..!! Dugaan mendatang silih berganti..Segala Halangan dapat ditempuhi dengan adanya usaha...Berusaha, Bertakwa & Beramal...=)

Surat Dari Seorang Ibu, Untuk Menantu Lelakinya...

Wahai Menantuku,
Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri
Dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku..
Semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu..

Wahai Menantuku,
Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk puteriku
Bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baqa' dan memberinya satu tiket ke syurga...

Wahai Menantuku,
Bila ada KELEMAHAN dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga kekurangan darinya,
Bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu juga yang seharusnya..

Wahai Menantuku,
Diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dini hari..
Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman..
Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya..

Wahai Menantuku,
Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku
Bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.
Bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu..
Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan..

Wahai Menantuku,
Sebahagin besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya,
Maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar..
Bukankah nanti pun engkau akan ditanya tentang tanggungjawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan syurga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta...

Wahai Menantuku,
Engkau di izinkan menghukum isterimu sewajarnya
Namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka..
Jangan mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan..
Seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu..


p/s : dari sumber fb..
"Lelaki yang merosak kan perempuan sebelum nikah, tak mustahil dia juga boleh menjual isterinya untuk menjadi pelacur atau di jual kepada mana2 lelaki..."

Tuesday 1 October 2013

Biar Gambar Berbicara...

Assalamualaikum uoollss...
Kenangan ketika di UiTM...
3 tahun blaja cni...
mcm3 de..pahit mnis, suka duka...
mengajar erti sbuah kehidupan....
really...rindu giler moment kat cni....
kwn2..barisan pnsyarah...roomates, housemates...
lg2 program yg dianjurkn DiPAC...


terletak bersebelahan pntu pagar UiTM..


we are like brothers and sisters....


kteorg brgambar after clas current affairs (PAD380)..
last lecture class for killer subject...


Program Malay Agricultural Settlement


Prof Madya Norhayati...
Malam Tautan Kasih...perjumpaan semua plajar DPA..
serious rindu gler...


Program Mentor Mentee...antara senior and junior..


gambar candid class kteorang..sempoi jer smua...skrg de yg smbg blaja, de yg da keje and de yg da nak kawen....hope kte x loss contact la ea...=)



Dulu before exam, Sir Arm akan slalu ingt kn kteorg...
thanx Sir..


nie plak..malam perjumpaan Alumni DPA UiTM melaka...
Dinner...prjumpaan senior-junior...& bks2 pljar DPA n pensyarah..
best sangat....

p/s :~ Kenangan tak kan berulang...Masa tak kan berundur..Yang dulu tak kan sama macam sekarang..Itulah kehidupan...=)

Kisah Bakti Uwais al-Qarni Terhadap Ibunya..

Diriwayatkan daripada Usair bin Jabir, dia berkata : "Apabila Umar bin Khattab di datangi oleh serombongan penduduk Yaman, maka dia selalu bertanya kepada mereka : 'Adakah antara kalian ada yang bernama Uwais bin Amir?' Uwais menjawab: 'Ya.' Umar bertanya 'Yang berasal dari Mirad kemudian berpindah ke Qarn'. Uwais menjawab: 'Ya.' Umar bertanya lagi: 'Pada tubuhmu terdapat penyakit kusta kemudian kamu sembuh, kecuali (bekas) sebesar wang logam?' Uwais menjawab: 'Ya'. Umar bertanya: 'Adakah kamu mempunyai ibu?' Uwais menjawab: 'Ya'. Umar berkata: 'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama serombongan penduduk Yaman. Dia berasal dari Mirad, kemudian berpindah ke Qarn. Pada tubuhnya terdapat penyakit kusta, lalu dia sembuh dari penyakit kecuali (bekas) sebesar wang logam. Dia memiliki  seorang ibu, dan dia sangat berbakti kepada ibunya itu. Seandainya dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah akan membebaskannya daripada sumpah itu. Jika kamu mampu membuat dia memohon ampunan buatmu, lakukanlah."

Umar berkata lagi: ' Oleh itu, mohonlah ampun bagiku.' Uwais kemudian memohon ampunan buat Umar. Umar bertanya kepadanya, 'Engkau hendak kemana?' Uwais menjawab: 'Kufah'. Umar berkata: 'Perlukah aku menulis (surat) yang mungkin bermanfaat bagimu kepada gabenornya?' Uwais menjawab: 'Berada di lingkungan orang yang miskin lebih aku sukai.'

- Riwayat Ahmad dalam al-Zuhd -

Sunday 29 September 2013

Mat Rempit Jahat..?


Assalammualaikum blogers3 smue...
ape khabaq..?
ari nie saya nk share satu kisah mat rempit yg diceritakn oleh kwn saya..

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,
mereka biasanya menggunakan motor kapcai atau skuter...
Di Malaysia kita kenali mat rempit, dengan perangai yang melampau..
sikap kurang ajar..sosial..dan mcm2 ag..

tetapi kisah kwn saya, telah membuka mata hati saya...mengubah persepsi saya trhdp golongan mat rempit..
tak smua mat rempit yang berperangai biadap..hanya segelintir saje..
Cerita kawan saya.....

"Saya bukanlah MAT REMPIT, tapi kenderaan yang saya ada hnyalah MOTOR, kenapa saya dipanggil MAT REMPIT.? Hina sangat ker MAT REMPIT? Satu kisah benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya on the way balik kampung halaman di waktu hujan, saya terserempak dengan seorang pak cik dan mak cik, tersadai di tepi jalan dalam keadaan yang basah lencun..tibe2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pak cik tue dan bertanya, kenapa pakcik..? Dalam kesejukan pak cik tue mnjawab, Nak, tayar motor pak cik bocor, pak cik nak pergi Changloon UUM nak tengok anak pak cik, takdak apa yang pak cik buleh buat, hanya sekadar berdoa..pak cik tak dak handfone..Bila saya terdengar kata2 pak cik tadi, saya betul2 tersentuh dengan pengorbanan seorang ayah kepada anaknya...Ketika itu, tiada apa yang boleh saya tolong..tibe2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan memberi salam..tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT tue, tayar pak cik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan SALAM dengan pak cik tue, lalu MEMBERI bantuan kepada pak cik sewaktu hujan makin lebat..Dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka bersungguh2 membuka tayar MOTOR pak cik tue, kereta yang lalu hanya sekadar HON, bas yang lalu sekadar bagi lampu...bile smua da settle, saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tue, dengan selamber mereka cakap, tak payah bagi duit, kami TOLONG dengan IKHLAS...saya terkejut dengan kata2 mereka, mulia sungguh hati mereka memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharapkan balasan...

PERSOALANNYA, SIAPAKAH MAT REMPIT..? HINA KAH MEREKA..?
Selepas beberapa minit mereka berjabat tanagn salam dengan saya dan pak cik tadi, pak cik tue tadah tangan berdoa SYUKUR kepada yang Maha Esa kerana memberi 1001 kenangan bersama MAT REMPIT yang berhati MULIA...memberi bantuan di waktu susah..apakah perasaan anda jika pak cik tadi ayah dan ibu anda...? "


p/s : kisah nie dari sumber kenalan di  fb..