Assalammualaikum blogers3 smue...
ape khabaq..?
ari nie saya nk share satu kisah mat rempit yg diceritakn oleh kwn saya..
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,
mereka biasanya menggunakan motor kapcai atau skuter...
Di Malaysia kita kenali mat rempit, dengan perangai yang melampau..
sikap kurang ajar..sosial..dan mcm2 ag..
tetapi kisah kwn saya, telah membuka mata hati saya...mengubah persepsi saya trhdp golongan mat rempit..
tak smua mat rempit yang berperangai biadap..hanya segelintir saje..
Cerita kawan saya.....
"Saya bukanlah MAT REMPIT, tapi kenderaan yang saya ada hnyalah MOTOR, kenapa saya dipanggil MAT REMPIT.? Hina sangat ker MAT REMPIT? Satu kisah benar yang berlaku di depan mata saya, ketika saya on the way balik kampung halaman di waktu hujan, saya terserempak dengan seorang pak cik dan mak cik, tersadai di tepi jalan dalam keadaan yang basah lencun..tibe2 hati terbayang wajah ayah dan mak saya, saya berhenti dekat pak cik tue dan bertanya, kenapa pakcik..? Dalam kesejukan pak cik tue mnjawab, Nak, tayar motor pak cik bocor, pak cik nak pergi Changloon UUM nak tengok anak pak cik, takdak apa yang pak cik buleh buat, hanya sekadar berdoa..pak cik tak dak handfone..Bila saya terdengar kata2 pak cik tadi, saya betul2 tersentuh dengan pengorbanan seorang ayah kepada anaknya...Ketika itu, tiada apa yang boleh saya tolong..tibe2 datang sekumpulan MAT REMPIT dalam keadaan basah lencun berhenti dan memberi salam..tanya kenapa BERHENTI tengah2 hujan, saya memberitahu kepada MAT REMPIT tue, tayar pak cik bocor, terus seorang daripada mereka turun pada MOTOR berjabat tangan SALAM dengan pak cik tue, lalu MEMBERI bantuan kepada pak cik sewaktu hujan makin lebat..Dalam keadaan semua yang ada di situ kesejukan, salah seorang daripada mereka bersungguh2 membuka tayar MOTOR pak cik tue, kereta yang lalu hanya sekadar HON, bas yang lalu sekadar bagi lampu...bile smua da settle, saya menghulurkan duit kepada MAT REMPIT2 tue, dengan selamber mereka cakap, tak payah bagi duit, kami TOLONG dengan IKHLAS...saya terkejut dengan kata2 mereka, mulia sungguh hati mereka memberi bantuan dalam keadaan hujan tanpa mengharapkan balasan...
PERSOALANNYA, SIAPAKAH MAT REMPIT..? HINA KAH MEREKA..?
Selepas beberapa minit mereka berjabat tanagn salam dengan saya dan pak cik tadi, pak cik tue tadah tangan berdoa SYUKUR kepada yang Maha Esa kerana memberi 1001 kenangan bersama MAT REMPIT yang berhati MULIA...memberi bantuan di waktu susah..apakah perasaan anda jika pak cik tadi ayah dan ibu anda...? "
p/s : kisah nie dari sumber kenalan di fb..